Search

“Saya kat depan awak dan awak boleh mengelamun, Ma...

  • Share this:

“Saya kat depan awak dan awak boleh mengelamun, Marean? Awak ingatkan siapa? Ingat Marean... Saya suruh awak jaga LG, bukannya ‘jaga’ LG.”
Hardin siap buat isyarat quote-unquote dengan aku.
“Hesy, Encik Hardin ni. Saya tak berminat nak ‘jaga’ sesiapa sekarang ni. Saya hanya fokus untuk jaga kerja saya aje. Encik Hardin janganlah risau. Saya tahu buat kerja saya. Kan Encik Hardin cakap, saya ni kan... Ada potensi besar dalam bidang ni.”
“Hmmm...”
“Agak-agak, saya boleh tak jadi pekerja tetap kalau... Saya berjaya handle projek ni?”
Hardin pandang aku.
“Penting ke untuk awak jadi pekerja tetap?”
“Pentinglah, Encik Hardin.”
“Sebab? Jadi pekerja kontrak pun, awak masih juga dapat gaji, bonus...”
“Risiko untuk kena buang serta-merta tu tinggi.”
“Masih boleh kena buang juga kalau jadi pekerja tetap.”
“Kalau kena buang pun, resume saya cantik. Senang dapat kerja lain. Lagipun, kalau jadi pekerja tetap saya bolehlah kahwin. Manalah tahu jodoh saya dengan orang kerja kontrak kan? Sekurang-kurangnya... Saya ada kerja tetap.”
Alasan kau, Yan...
Tak boleh blah.
“Jadi, kahwin aje dengan saya. Saya ni pekerja tetap.”
Eh...

#cintatakjangka


Tags:

About author
Apa yang di dalam page ini, merupakan hal-hal berkaitan dengan Syamnuriezmil. Page ini diadmin oleh penulis sendiri. Tidak boleh dishare apa saja link ke belog saya kecuali dengan izin.
Bukan penulis sepenuh masa tapi aku mahu menulis sehebat Shakespeare, sejiwang Jane Austen dan sesem
View all posts